
Tawaran kemasukan
Program Diploma UITM sesi september 2023 DIBUKA!
3 program Ditawarkan
Diploma Pengurusan Ladang UITM
Diploma Pengajian Perniagaan UITM
Pra Diploma Perdagangan UITM
27 ogos 2023
KOLEJ FELCRA
Bandar baru Seberang Perak,36800 Kampung Gajah, Perak darul Ridzuan
MAKLUMAN! : Kesemua Program Diploma ini dijalankan di kampus Bersekutu UITM iaitu di KOLEJ FELCRA!
JOM kita lihat syarat kelayakan dan kelebihan-kelebihan yang ada bagi setiap program!
Diploma Pengurusan Perladangan UiTM
(MQA/PA7966-N/622/4/0002-04/2021)

Pengenalan Tentang Pengurusan Ladang Uitm Di Kolej Felcra

Syarat kelayakan
LULUS SPM dengan mendapat 3 Kepujian TERMASUK - Bahasa Melayu, Matematik & Bahasa Inggeris.
DAN
LULUS - Mana-mana 2 Subjek berikut: Fizik/Kimia/Biologi/ Sains Tambahan/Sains Pertanian/Pertanian/Pengajian Agroteknologi/Tanaman Makanan/Akuakultur dan Haiwan Rekreasi/Lanskap dan Nurseri/Pengeluaran Tanaman/Hortikultur Hiasan dan Lanskap/Kejenteraan Ladang/ Pengurusan Ladang/ Asas Kelestarian/ Sains.
ATAU
Jika anda tidak melepasi semua syarat diatas anda boleh mengikut Kursus Pra Diploma Perdagangan terlebih dahulu.

Peluang Kerjaya
Penolong Pengurus Ladang/ Penolong Pegawai Pertanian/ Usahawan/ Penolong Pegawai Penyelidikan/ Eksekutif Perladangan/ Menyambung pengajian ke peringkat yang lebin tinggi.
Diploma Pengajian Perniagaan UiTM
(MQA/PA7941-N/340/4/0679-04/2021)


Syarat kelayakan
LULUS SPM dengan mendapat minima 3 Kepujian TERMASUK - Bahasa Melayu, Matematik & Bahasa Inggeris.
ATAU
Lepasan PRA Diploma UiTM : Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Perdagangan (PD003) dari UiTM
