Permohonan Program Diploma Kolej Felcra Sesi 2024 / 2025 Kini Dibuka!

Video Korporat Kolej FELCRA

SEJARAH PENUBUHAN

Kolej FELCRA telah ditubuhkan pada 25 Mei 2012 di bawah FELCRA Education Services Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat milik penuh FELCRA BERHAD.

FELCRA BERHAD merupakan syarikat milik kerajaan yang mana sejak penubuhannya sehingga kini diselia dan bernaung dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar & Kementerian Kewangan (MOF). Ini bermaksud secara tak langsung Kolej Felcra beroperasi dengan kemampuan terbaik dari segi kewangan, infrastruktur, kemudahan fasiliti pembelajaran, tenaga pengajar dan pengurusan serta mendapat pengiktirafan di peringkat kerajaan atau Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Kolej FELCRA ditubuhkan agar dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat ilmu di peringkat serantau di samping memperkembangkan obligasi sosial (CSR) dan imej korporat FELCRA Berhad selaras dengan motto Kolej FELCRA iaitu ” Membina Masa Hadapan Dengan Pendidikan”.

Kolej FELCRA terletak di Bandar Baru Seberang Perak, Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan.

Penubuhan Kolej FELCRA juga adalah untuk memberi peluang serta menyediakan tempat untuk anak-anak warga FELCRA Berhad khususnya dan masyarakat Luar Bandar amnya untuk mendapatkan latihan dan kemahiran di peringkat Sijil dan Diploma supaya generasi kedua FELCRA Berhad akan lebih berdaya saing dan menambahkan bilangan modal insan yang berguna kepada negara.

RAKAN STRATEGIK DAN USAHASAMA

KEMUDAHAN & PRASARANA

Ingin tahu lebih lanjut tentang info prasarana , kemudahan dan lain-lain ? Klik butang photo atau video galeri.

SENARAI PROGRAM DIPLOMA

Program Dalaman Sijil & Diploma Kolej Felcra

Program Diploma & Pra - Diploma Usahasama UiTM

uitm png svg2

SOALAN - SOALAN LAZIM

Kolej FELCRA ditubuhkan pada 25 Mei 2012 dibawah FELCRA Education Services Sdn Bhd iaitu salah satu syarikat milik penuh FELCRA BERHAD.

FELCRA BERHAD merupakan syarikat milik kerajaan yang mana sejak penubuhannya sehingga kini diselia dan bernaung dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar & Kementerian kewangan (MOF). Ini bermaksud secara tak langsung Kolej FELCRA beroperasi dengan kemampuan terbaik dari segi kewangan, infrastruktur, kemudahan fasiliti pembelajaran, tenaga pengajar dan pengurusan serta mendapat pengiktirafan di peringkat kerajaan atau Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Kolej FELCRA beralamat di Bandar Baru Seberang Perak , 36800 Kampung Gajah. Perak Darul Ridzuan.

Buat masa ini, Kolej FELCRA menawarkan dua peringkat pengajian iaitu peringkat sijil dan diploma.

  1. Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  2. Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  3. Diploma Pengurusan Perniagaan
  4. Diploma Pengurusan Sumber Manusia
  5. Diploma Pengurusan Amalan Halal
  6. Diploma Teknologi Pertanian
  7. Diploma Pengurusan Pasca Tuai
  8. Pra Diploma Perdagangan UiTM
  9. Diploma Pengurusan Ladang UiTM
  10. Diploma Pengajian Perniagaan UiTM

Setakat ini semua program akademik yang ditawarkan bersifat sepenuh masa sahaja. Walaupun terdapat permintaan untuk mengikuti PJJ, namun atas sebab- sebab tertentu program PJJ masih belum boleh dijalankan. Dari segi sambutan, jumlah permohonan yang diterima masih sedikit dan belum mencapai ‘volume’ yang economical untuk kami menjalankan program seperti ini.

Bahasa pengantar yang digunakan – sebagaimana yang diluluskan oleh MQA – ialah dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu bagi program Diploma, dan Bahasa Melayu bagi program Sijil.

Kolej FELCRA menjalankan usahasama secara akademik dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Ini bermaksud pelajar-pelajar yang mengambil program ini akan mengikuti sistem pembelajaran, silibus, peperiksaan, penganugerahan Diploma & Konvokesyen sama seperti yang dilalui oleh pelajar UITM Kampus Induk. Cuma yang berbeza ialah penempatan pembelajaran & peperiksaan pelajar ialah di Kolej FELCRA.

Berikut merupakan sumber pembiayaan yang ada di Kolej FELCRA:-

  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Pengeluaran Pendidikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Dana Bantuan kewangan Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak
  • Dana Bantuan kewangan Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang
  • Dana Bantuan kewangan Pelajaran Negeri Selangor

Pelbagai kemudahan asas disediakan oleh BHEP untuk keselesaan para pelajar. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti surau, fasiliti sukan seperti gelanggang futsal, gelanggang badminton, bola jaring, bola tampar dan lain-lain.

Selain itu, pihak BHEP juga menyelia asrama dengan keperluan di bilik seperti katil, kipas, perabot, serta mesin basuh untuk kemudahan para pelajar.

Pihak BHEP juga menyediakan televisyen di kafeteria untuk tontonan para pelajar. Terdapat pelbagai fasiliti lain turut disediakan untuk kemudahan para pelajar seperti mesin air, bilik aktiviti pelajar dan lain-lain.

Kemudahan disekitar kawasan Kolej ialah :

  • Klink Kesihatan Kerajaan (Bersebelahan Kampus)
  • Farmasi
  • klinik Pergigian
  • Klinik Swasta
  • Masjid
  • Mesin atm
  • Agro bank

Jika anda lepasan SPM dan mempunyai minima 3 Kepujian, anda sudah pun layak untuk memohon program diploma di Kolej FELCRA

Setelah memohon anda akan dihubungi melalui panggilan telefon / whatsapp oleh Pegawai Perunding Pendidikan kami untuk keputusan permohonan dan penerangan lanjut pendaftaran.

Jadi pada yang berminat untuk memohon dan ingin tahu info lanjut boleh klik pada butang dibawah: