DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

Diploma Pengurusan Perniagaan

(MQA/FA8475-R/345/4/0003-05/2027)

Pengenalan Program : Program Diploma Pengurusan Perniagaan ini diwujudkan untuk memberikan pendidikan lengkap kepada orang ramai berkenaan kegiatan menjalankan dan mengekalkan perniagaan. Pelajar jurusan perniagaan bukan sahaja diajar berkenaan asas-asas pengurusan tetapi mereka juga akan didedahkan kepada situasi sebenar sebagai bahan kajian bagi meralisasikan prinsip-prinsip berkenaan. Pengalaman pertama yang ditimba sesungguhnya amat bermakna untuk mengenali dunia sebenar perniagaan. Program ini juga dapat menyediakan kemahiran-kemahiran penting perniagaan termasuk Pengurusan, Pemasaran, Perakaunan, Keusahawanan dan Komunikasi Perniagaan.

Jam kredit : 90 Jam Kredit

Syarat Kemasukan :
 i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran; atau

ii. Lulus Sijil Keusahawanan, Sijil Asas Perniagaan , Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau Sijil / Pra Diploma atau setara dari mana-mana Institut Pengajian Tinggi; atau

iii. Lulus Sijil Politeknik / Sijil Kolej Komuniti (Tahap 3 KKM) dalam mana-mana bidang atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setaraf dengannya; atau

iv. Lulus SPM dengan mendapat 1 kredit dalam mana-mana matapelajaran dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya tahap 3 dalam bidang berkaitan; atau

v. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Syarat Umur Kemasukan : Tiada

Tempoh Pengajian : 5 semester

Prospek Kerjaya : Usahawan / Membuka Syarikat Sendiri.

PELAN PENGAJIAN

Semester 1

1. Business Mathematics
2. English Proficiency I
3. Information Technology in Business
4. Principles of Management
5. Malaysian Studies II
6. Management of Mind
7. Ko-kurikulum

Semester 2

1. Fundamentals of Accounting
2. Principles of Marketing
3. English Proficiency II
4. Statistics
5. Bahasa Kebangsaan /Etika Profesional
6. Principles of Public Relations

Semester 3

1. Introduction to Cost Accounting
2. English For Academic Studies
3. Human Resource Management
4. Microeconomics
5. Business Communication
6. Kewangan Islam/ Pendidikan Kekeluargaan dalam Islam/ Konsep Halal dan Haram dalam Islam

Semester 4

1. E-Commerce
2. Fundamentals of Finance
3. Organizational Behaviour
4. Business Law
5. Macroeconomics
6. Baktisiswa
7. Research Methodology

Semester 5

1. Introduction to International Business
2. Operations Management
3. Entrepreneurship
4. Investment Management
5. Event Management