DIPLOMA TEKNOLOGI PERTANIAN

Diploma Teknologi Pertanian

(MQA/PA11535-N/621/4/0037-03/2024)

Pengenalan Program : Penawaran kursus adalah bagi melahirkan pelajar yang berkualiti di peringkat diploma dalam bidang Diploma Teknologi Pertanian bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dan juga memenuhi keperluan pasaran kerja masa hadapan. Kurikulum yang digunapakai adalah berdasarkan kurikulum yang digubal oleh Jawatankuasa Kurikulum Kolej FELCRA dan kurikulum tersebut selaras dengan kurikulum kebangsaan.

Program ini menitik beratkan pembelajaran kepada bidang berkaitan pertanian seperti sains tumbuhan dan haiwan, pengeluaran tanaman makanan dan ternakan, pengurusan makhluk perosak tanaman, pengurusan tanah, pengurusan ladang serta pengurusan ekonomi dan keusahawanan tani. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dapat melayakkan diri ke peringkat ijazah di dalam bidang-bidang seumpamanya yang berkaitan selain berkebolehan untuk memenuhi keperluan pasaran perkerjaan di institusi awam mahupun swasta.

Jam kredit : 91 Jam Kredit

Syarat Kemasukan :
i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengan minimum 3 kepujian dalam mana-mana matapelajaran termasuk mata pelajaran Sains dan Matematik; atau

ii. Lulus Sijil Keusahawanan, atau Sijil Asas Perniagaan atau Sijil Tahap 3 yang setara dari mana-mana PPT; atau

iii. Lulus Sijil Politeknik/Sijil Kolej Komuniti Tahap 3 dalam mana-mana bidang atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setara dengannya: atau

iv. Lulus SPM dengan mendapat 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya Tahap 3 dalam bidang berkaitan, atau

v. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf oleh Lembaga Akademik Kolej; atau

vi. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Syarat Umur Kemasukan : Tiada

Tempoh Pengajian : 5 semester

Prospek Kerjaya : Penolong Pegawai Pertanian/ Penolong Perladangan/ Penolong Juruteknologi Makmal Tani/ Pembantu Penyelidik/ Penolong Pegawai Sains/ Kadet Ladang/ Penolong Pegawai Kawalan Kualiti/ Usahawan.

PELAN PENGAJIAN

Semester 1

  1. Malaysian Studies II
  2. English Proficiency I
  3. Ko-kurikulum
  4. Introduction to Agriculture
  5. Crop Science
  6. Agro-based Technology I (Fieldwork)
  7. Business Mathematic
  8. Introduction to Computer Application

Semester Pendek

  1. Cash Crop Management
  2. Pest & Disease Technology & Management
  3. Agricultural Marketing

Semester 2

  1. Bahasa Kebangsaan
  2. Etika Profesional
  3. English Proficiency II
  4. Horticulture and Landscape
  5. Industrial Crop Management
  6. Agro-based Technology II (Fieldwork)
  7. Agriculture Chemistry

Semester 3

  1. Konsep Halal dan Haram Dalam Islam
  2. Animal Production
  3. Post-harvest Technology and Management
  4. Fundamentals of Accounting
  5. Introduction to Agricultural Economic

Semester 4

  1. Baktisiswa
  2. Aquaculture Management and Technology
  3. Mechanization and Agricultural Technology
  4. Agricultural Extension
  5. Entrepreneurship
  6. Human Resource Management
  7. Applied Mathematics

Semester 5

1. Industrial Training