DIPLOMA PENGURUSAN PERLADANGAN UiTM

Diploma Pengurusan Perladangan UiTM

(MQA/PA7966-N/622/4/0002-04/2021)

Pengenalan Program :

Matlamat utama kursus adalah bagi melahirkan pelajar yang bertaraf separa professional dalam industri perladangan. Sepanjang dua setengah tahun tempoh pengajian yang ditawarkan, pelajar akan didedahkan dengan teknik-teknik operasi perladangan terkini dan secara hands-on.

Pelajar-pelajar akan memperolehi pengetahuan yang meluas dalam kursus-kursus penting yang berkaitan dengan industri perladangan seperti Tanaman Perladangan (Plantation Crops), Pengurusan Penyakit dan Perosak Tanaman (Pest and Disease Management), Pengendalian Ladang Secara Umum (General Field Maintenance), Operasi Mekanisasi Ladang (Mechanization of Estate Operation), Pemasaran dan Isu Perundangan Dalam Perladangan. (Plantation Legal Issues and Marketing).

Graduan Diploma Pengurusan Perladangan yang dilahirkan mampu memenuhi kehendak pasaran global yang mahukan graduan yang berkelayakan dan berkemahiran dalam industri perladangan. Matlamat dan hasil pembelajaran program ini amat menekankan pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kemahiran insaniah (soft skill). Ini adalah selari dengan misi kolej yang memartabatkan ilmu dan kualiti insan.

Syarat Kemasukan :

i. Warganegara Malaysia ; dan

ii. Lulus SPM dengan atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu, Matematik/Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris

DAN

iii. LULUS : Sejarah

DAN

iv. LULUS mana-mana DUA (2) subjek berikut: Fizik/Kimia/Biologi/ Sains Tambahan/Sains Pertanian/Pertanian/Pengajian Agroteknologi/Tanaman Makanan/Akuakultur dan Haiwan Rekreasi/Lanskap dan Nurseri/Pengeluaran Tanaman/Hortikultur Hiasan dan Lanskap/Kejenteraan Ladang/ Pengurusan Ladang/ Asas Kelestarian/ Sains.

ATAU 

LULUS : Pra Diploma Perdagangan

Prospek Kerjaya : Penolong Pengurus Ladang/ Penolong Pegawai Pertanian/ Usahawan/ Penolong Pegawai Penyelidikan/ Eksekutif Perladangan/ Menyambung pengajian ke peringkat yang lebin tinggi.

PELAN PENGAJIAN

Semester 1

  1. Business Mathematics
  2. Plant Science
  3. Principles Of Agriculture
  4. Fieldwork I
  5. Kesatria Negara I
  6. Integrated Language Skills: Listening
  7. Prinsip-Prinsip Asas Islam

Semester 2

  1. Integrated Language Skills: Reading
  2. Kokurikulum
  3. Pemikiran dan Tamadun Islam
  4. Computers And Information Processing
  5. Basic Chemistry
  6. Plantation Crops I
  7. Introduction To Economics Of Agricultural Production
  8. Fieldwork II

Semester 3

  1. Integrated Language Skills: Writing
  2. Kokurikulum
  3. Sains dan Teknologi Islam
  4. Introduction To Financial Accounting And Reporting
  5. Plant Propagation
  6. Fieldwork III
  7. Soil Science
  8. Industrial Training 1

Semester 4

  1. Introduction To Statistics
  2. General Field Maintenance
  3. Pest Management
  4. Plantation Crops II
  5. Legal, Ethical And Social Issues In Plantation
  6. Human Resource Management

Semester 5

  1. Fundamentals Of Entrepreneurship
  2. Mechanization Of Estate Operation
  3. Principles Of Agricultural Marketing
  4. Estate Budgeting And Accounting
  5. Industrial Training II
  6. Interpersonal Communication