DIPLOMA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Diploma Pengurusan Sumber Manusia

(MQA/PA9155-N/345/4/1065-08/2022)

Pengenalan Program : Program Diploma Pengurusan Sumber Manusia ini ditawarkan adalah bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan meluas, teknikal, operasi dan kemahiran keusahawanan bagi membolehkan para pelajar mampu melaksanakan pengurusan dalam bidang-bidang tertentu berkaitan pengurusan sumber manusia dengan berkesan dan beretika, seterusnya dapat menyemai keinginan untuk pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kerjaya dalam bidang pengurusan sumber manusia. Kurikulum yang digunapakai adalah berdasarkan kurikulum yang digubal oleh Jawatankuasa Kurikulum Kolej FELCRA dan kurikulum tersebut selaras dengan kurikulum kebangsaan. Program ini menitik beratkan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar dan mampu meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran program Diploma Pengurusan Sumber Manusia yang ditawarkan oleh Kolej FELCRA. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dapat melayakkan diri ke peringkat ijazah di dalam bidang-bidang seumpamanya yang berkaitan selain berkebolehan untuk menguruskan perniagaan atau menceburi bidang perniagaan.

Jam kredit : 92 Jam Kredit

Syarat Kemasukan :
i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran, atau

ii. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan minimum Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran, atau

iii. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan minimum Gred Maqbul, atau

iv. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) (Tahap 3 KKM) dalam bidang berkaitan, lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran, atau

v. Lulus Sijil (Tahap 3 KKM) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau

vi. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Syarat Umur Kemasukan : Tiada

Tempoh Pengajian : 5 semester

Prospek Kerjaya : Eksekutif Pengurusan Sumber Manusia.

PELAN PENGAJIAN

Semester 1

1. Business Statistics
2. English Proficiency I
3. Principles of Management
4. Malaysian Studies II
5. Introduction to Human Resource Management
6. Introduction to Computer Application
7. Ko-kurikulum

Semester Pendek

1. Human Resource Planning
2. Human Resource Information System
3. Human Resource Development 1

Semester 2

1. Fundamentals of Accounting
2. English Proficiency II
3. Bahasa Kebangsaan /Etika Profesional
4. Principles of Marketing
5. Recruitment and Selection

Semester 3

1. Microeconomics
2. Human Resource Development II
3. Introduction to Performance Management
4. Entrepreneurship
5. Business Law
6. Organizational Behaviour

Semester Pendek

1. Introduction to Compensation and Benefits
2. Introduction to Hazard Management
3. Business Communication

Semester 4

1. Macroeconomics
2. Employment Law
3. Kewangan Islam
4. Fundamentals of Finance
5. Introduction to Industrial Relations
6. Baktisiswa

Semester 5

1. Industrial Training