PRA DIPLOMA PERDAGANGAN UiTM
Pra Diploma Perdagangan Uitm
(MQA/PA7964-N/010/3/0412-04/2021)
Pengenalan Program :
Bermatlamat untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas Matematik, Bahasa Inggeris, Asas Perakaunan dan Pembangunan Insan yang mencukupi sebelum meneruskan pengajian di peringkat diploma Universiti Teknologi MARA.
Selain itu, program ini dapat memupuk kemahiran insaniah generik dalam kalangan pelajar. Selaras dengan visi, misi dan matlamat universiti untuk melahirkan pelajar Bumiputera yang berpengetahuan, berdaya saing, berfikiran global dan dinamik yang akan menjadi tunjang kepada pembangunan negara.
Pencapaian bagi hasil pembelajaran juga diukur dengan menyediakan kaedah pembelajaran dan pengajaran adalah berbentuk kuliah, tutorial, student centred learning, online learning, demonstrasi, creative adaptation dan kertas projek.
Syarat Kemasukan :
i. Warganegara Malaysia ; dan
ii. Lulus SPM dengan atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan LULUS matapelajaran Sejarah.
Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI serta :
– Lulus Matematik / Matematik Tambahan
– Lulus Bahasa Inggeris
Laluan Akademik: Menyambung pengajian di peringkat Diploma UiTM dalam bidang Pengurusan, Seni Lukis & Seni Reka, Pengajian Sukan, Teknologi Pejabat, Pelancongan, Komunikasi & Media.
PELAN PENGAJIAN
Semester 1
- Introduction to Human Development / Pengantar Etika Sosial (non-muslim)
- English For Pre Diploma
- Introduction to Business
- Intensive Mathematics I
- Introduction to Accounting