Program Bersekutu UITM
Program Diploma & Pra Diploma Secara Kerjasama Dengan Universiti Teknologi Mara (Uitm)
Maklumat UTAMA
Program Bersekutu UiTM merujuk kepada program kerjasama antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan Kolej FELCRA. Program ini membolehkan pelajar melanjutkan pengajian di peringkat Pra Diploma dan Diploma UiTM di kolej-kolej diktiraf yang bersekutu dengan UiTM.
Kelebihan Program Bersekutu UiTM:
✅ Kemudahan Akses:
Memberi peluang kepada pelajar yang tidak berjaya masuk ke UiTM kampus utama untuk melanjutkan pengajian.
✅ Yuran Pengajian Berpatutan:
Program Usahasama ini menawarkan yuran yang lebih rendah berbanding yuran di UiTM, malah ada yang menawarkan yuran percuma untuk golongan B40.
✅ Silibus Sama:
Silibus dan peperiksaan di Kolej FELCRA adalah sama seperti di UiTM, dengan audit kualiti yang dijalankan oleh UiTM secara berkala.
✅ Graduan Diiktiraf:
Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan diploma yang sama seperti pelajar UiTM Induk, dan akan diraikan dalam konvokesyen yang sama.
Peluang Menyambung Pelajaran
Pelajar berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di UiTM melalui laluan penerapan (tanpa perlu bersaing mata merit).
Pilihan Program Diploma & Pra - Diploma Usahasama UiTM
